7 LANGKAH PENJAGAAN PAKAIAN COTTON
| 1. PENGENALAN |
Cotton adalah fabrik yang amat selesa dan nyaman (sejuk) kerana ia sememangnya fabrik yang berpori.
Ini membuatkan ia ringan dan selesa dipakai, tetapi ia juga amat mudah untuk menyerap peluh dan minyak.
Lama-kelamaan, jika dibiarkan, pakaian akan melekat bau badan atau comot di sesetengah tempat (di celah ketiak,
keliling kolar). Oleh itu, fabrik sebegini memerlukan penjagaan yang istimewa: dengan penjagaan yang betul, anda akan dapat mengekalkan pakaian cotton yang berbau wangi dan cantik. |
| 2. PRE-TREAT |
Turun warna. Kebanyakan pakaian baru akan mengalami turun warna, lebih-lebih lagi pada cucian kali pertama. Ada banyak faktor terjadi kes turun warna. Sama ada jenis kain, jenis pewarna yang digunakan ataupun cara penjagaan kain tu sendiri. Menggunakan color safe stain remover, ia adalah idea yang bagus untuk menghilangkan kotoran di tempat yang tertentu. Fokuskan pada tempat yang paling terdedah dengan peluh dan produk kimia (contoh; deodorant atau minyak wangi). Jangan rendamkan pakaian anda menggunakan pelembut fabrik(contoh softlan, downey dsb) dalam tempoh yang lama. Cuma rendam, bilas dan spin. muze: Seelok-eloknya baca cara penggunaan sabun/pelembut/spray fabrik supaya mendapat kesan yang terbaik dan tak merosakkan pakaian anda |
| 3. PERHATIKAN TANDA PENGECUTAN |
Cotton adalah fabrik yang terkenal dengan sifat pengecutan (shrink). Perkara yang anda akan perasan jika mengeluarkan baju dari mesin basuh ialah, pengecutan saiz baju. Perkara penting adalah untuk mengetahui yang pakaian cotton anda adalah adakah ianya sanforized (mengecut) atau tidak. Jika ianya jenis mengecut, anda perlu mencuci pakaian anda dalam suhu yang sesuai dengan kain, kotoran dan warna. Tetapi, adalah lebih baik untuk mencuci menggunakan air yang bersuhu sejuk/biasa, kerana ini dapat mengekalkan saiz pakaian tanpa mengecut. muze: Kebanyakan cotton akan mengecut, tapi tidaklah terlalu ketara. Adalah dinasihatkan anda basuh dulu kain cotton sebelum dijahit. Tapi kalau malas, boleh juga jahit baju melebihkan pakaian dengan ½ inci. Ikutlah mana yang anda rasa sesuai :) |
| 4. JANGAN TERLEBIH KERING |
Para pakar menyarankan agar tidak meninggalkan pakaian anda didalam mesin pengering pakaian (tumble dryer) sehingga ia kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan pakaian anda daripada mesin pengering sementara ia masih lembab dan biarkan ia kering sendiri secara semulajadi. muze: Tapi dalam keadaan cuaca di Malaysia ni, kebanyakan kita tak menggunakan mesin pengering, jadi kita jemurlah pakaian di tempat yang redup sedikit. Ataupun jemur secara terbalik. Elok untuk mengelakkan pakaian mengecut dan warna pudar |
| 5. STERIKA |
Fabrik cotton biasanya tahan lasak dan __. Ini kerana ia boleh di gosok/sterika dengan suhu tinggi tanpa mengakibatkan kesan terbakar dan berkilat. Tetapi, jika anda pakaian anda mempunyai hiasan, gosok pakaian anda di bahagian dalam baju supaya tidak mengganggu perhiasan (manik,labucci dsb) baju anda. |
| 6. PENYIMPANAN |
Fabrik cotton agak senang berkedut, oleh itu adalah lebih baik untuk menggantung pakaian anda. Ingat; lebih elok menggunakan hanger (penggantung baju) yang tebal daripada wayar yang nipis. Ini dapat membantu mengekalkan bentuk baju apabila disimpan didalam almari. |
| 7. PERLINDUNGAN |
Oleh kerana Cotton cepat meresap peluh dan minyak (dari badan) , ia selalunya menjadi mangsa moths dan silverfish (gegat). Serangga ini cekap dan cepat mencari kesan-kesan peluh dan minyak di kemeja, dress dan skirt kita tanpa kita sedari. Untuk mengelakkan pakaian cotton kegemaran anda menjadi mangsa kepada makhluk ini, labur sedikit duit anda untuk membeli ubat gegat atau penghalau serangga semulajadi. Cotton adalah fabrik yang selesa dan sejuk untuk dipakai. Cara penjagaan yang betul juga menjadi sebab utama untuk mengekalkan kecantikan dan ketahanan pakaian cotton anda. Kami berharap 7 langkah penjagaan pakaian cotton ini akan membantu anda dimasa hadapan. Alah membeli, menang memakai. Tata! |
Artikel asal dialih bahasa:link
Graphic: